SHARITA bersama tiga kombo hidangan laut yang menampilkan sos berbeza.
SHARITA bersama tiga kombo hidangan laut yang menampilkan sos berbeza.
Nurul Husna Mahmud

Kalau sebelum ini warga kota perlu memandu sejauh 60 kilometer untuk mencari lokasi restoran makanan laut di kawasan pesisiran pantai demi menikmati hidangan segar, kini tidak perlu lagi apabila restoran Ombak Kitchen Bukit Jelutong menawarkan hidangan berkenaan.

Menariknya saiz udang, sotong mahupun ketam yang disajikan di restoran berkenaan bergred premium selain berkualiti import seperti kerang Hamaguri, ketam Alaskan dan udang kara Kanada pastinya dapat memenuhi selera peminat hidangan laut tempatan.

Penulis dan jurufoto sempat mencuba hidangan laut itu bersama tiga pilihan sos menarik seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chili Chocolate dan Creamy Lemon Butter mengakui sajian berkenaan bukanlah hidangan tipikal makanan laut yang biasa dinikmati.

EKSOTIK tetapi enak itu boleh digambarkan pada hidangan menggunakan Dark Chilli Chocolate.
EKSOTIK tetapi enak itu boleh digambarkan pada hidangan menggunakan Dark Chilli Chocolate.

Bermula dengan suapan pertama lagi, rasa manis hidangan isi hidangan laut bercengkerang seperti kepah, udang dan ketam dapat dirasai meskipun sudah disaluti sos pedas seperti rempah cajun ataupun cili.

Ketua Pegawai Eksekutif Ombak Kitchen Sharita Loo, berkata bukan saja sajian berkualiti premium, restoran itu juga memberi pengalaman berbeza apabila pengunjung restoran boleh menikmati hidangan terbabit dengan tangan tanpa rasa segan.

SAIZ hidangan laut juga premium.
SAIZ hidangan laut juga premium.

“Konsep kami di sini ialah santai kerana biasanya selain hidangan enak ialah kenangan ketika menikmati hidangan itu sendiri yang menjadikan ia lebih bermakna.

“Justeru tiada protokol di meja ketika menikmati makanan laut itu dan pelanggan boleh makan dengan tangan.

“Cara memesan juga mudah kerana di sini kami tawarkan empat kombo mengikut saiz hidangan, kemudian diikuti pilihan sos diinginkan mengikut tahap kepedasan dan terakhir ialah membuat pilihan hidangan sampingan sebagai pelengkap.

“Selain hidangan kombo makanan laut terbabit, ada juga sajian ala carte boleh dipilih untuk mereka yang mahu menikmati menu lain,” katanya.

MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.
MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.

Tambah Sharita, cara penyediaan makanan laut di restorannya menggunakan kaedah sihat menjadikan hidangan unik dan istimewa.

“Biasanya hidangan makanan laut tempatan dimasak dengan kaedah goreng tetapi di sini cef memilih untuk rebus kerana ia dapat mengekalkan kesegaran ramuan penting. Selain itu sos dimasak juga menggunakan mentega sebagai elemen menumis.

MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.
MENARIK hidangan lengkap iaitu makanan laut bersama jagung.

“Pengakhiran sempurna buat setiap kali pengunjung menikmati hidangan kami menerusi pilihan pencuci mulut istimewa iaitu ‘Heavenly Manis’ iaitu bufet buah-buahan dan krep durian.

“Istimewanya apabila ia disediakan penuh artistik oleh staf berpengalaman mengikut saiz hidangan dipesan pelanggan,” katanya.

Turut menarik terdapat di restoran terbabit ialah minuman Bubble Tea dan Mocktail menggunakan resipi sendiri.

‘HEAVENLY manis’ sajian pencuci mulut istimewa .
‘HEAVENLY manis’ sajian pencuci mulut istimewa .

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 April 2018 @ 3:41 AM