PILIH warna permaidani sepadan warna dinding.
PILIH warna permaidani sepadan warna dinding.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


PERMAIDANI mempunyai banyak fungsi yang tidak hanya sebagai alas tempat duduk tetapi menjadi penyeri ruang dalam rumah berdasarkan corak, reka bentuk, tekstur dan bahan pembuatannya.

Terdapat banyak pilihan jenis permaidani dalam pasaran yang dibezakan dari segi kualiti dan harga.

Namun begitu terdapat beberapa tip memilih permaidani supaya ianya menjadi elemen dekorasi yang menarik di dalam rumah.

1. Pilih bentuk yang tepat

Tidak ada peraturan khusus mengenai bentuk permaidani tetapi perlu bersesuaian dengan ruang mahu dibentangkan permaidani berkenaan.

Bentuk bulat sesuai diletakkan di ruang masuk atau lobi permaidani panjang yang kecil lebarnya sesuai diletakkan di koridor.

Kesilapan meletakkan bentuk permaidani boleh menyebabkan mencacatkan dekorasi rumah.

PERMAIDANI salah elemen dekorasi menarik dalam rumah.
PERMAIDANI salah elemen dekorasi menarik dalam rumah.

2. Pilih warna sesuai dengan tema warna ruang rumah

Permaidani salah satu elemen yang boleh memberikan impak menjadikan ruang rumah kelihatan lebih luas dan lapang.

Elakkan membeli permaidani warna sedondon dengan warna perabot, dinding dan langsir.

Dekorasi rumah lebih menarik apabila memilih warna permaidani yang bersesuaian dengan warna dinding.

3. Pilih permaidani mudah dibersihkan

Umum mengetahui permukaan permaidani mudah memerangkap habuk. Oleh itu digalakkan memilih permaidani yang mudah dibersihkan sama ada dicuci atau menggunakan penyedut hampagas.

Apabila basah kerana terkena tumpahan air juga mudah dikeringkan tanpa meninggalkan bau.

Hantar ke dobi sekiranya terdapat kotoran degil untuk membersihkan menggunakan sabun khas.

ANDA digalakkan memilih permaidani mudah dibersihkan.
ANDA digalakkan memilih permaidani mudah dibersihkan.

4. Saiz permaidani

Sering kali berlaku kesilapan dalam menentukan saiz permaidani sesuatu ruang dengan membelinya saiz terlalu kecil.

Anda hendaklah memastikan kedudukan permaidni berada di tengah ruang sama bilik atau ruang tamu.

Tidak semestinya permaidani dibentangkan di keseluruhan lantai bilik kerana perlu mengikut kedudukan perabot.

KEDUDUKAN
KEDUDUKAN

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 6:30 AM