MEMASANG panel solar di atas bumbung rumah.
MEMASANG panel solar di atas bumbung rumah.
Nor 'Asyikin Mat Hayin


Peningkatan bil elektrik membebankan pengguna kerana kesannya turut meningkatkan perbelanjaan isi rumah.

Lebih memburukkan keadaan apabila rumah itu ramai penghuni dan banyak menggunakan penghawa dingin disebabkan cuaca panas yang tidak menentu.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan beralih kepada penggunaan lampu solar yang mesra alam dan boleh didapati di pasaran.

Antara kelebihan lampu solar ialah menjimatkan bil elektrik, sumber tenaga boleh diperbaharui dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Terdapat empat jenis lampu solar dalam pasaran:

LAMPU solar taman.
LAMPU solar taman.

1. Lampu solar taman

Lampu ini direka untuk mencantikkan rumah dan taman supaya kelihatan lebih elegen serta menarik.

Pemasangan lampu ini juga mudah dan menjimatkan kerana tidak perlu membayar kos untuk kerja pendawaian.

Ia boleh dipasang di pagar rumah yang akan menerangi kawasan luar rumah pada sebelah malam.

Lampu ini juga sesuai dijadikan hiasan kerana kalis air dan tahan panas.

2. Lampu solar limpah

Lampu jenis ini sesuai sesuai dipasang di kawasan rumah, ladang dan kebun, selain proses pemasangannya juga mudah.

Oleh kerana pencahayaannya baik dan terang, sesuai dipasang di belakang rumah untuk keselamatan serta mengelakkan rumah dimasuki pencuri.

Ini salah satu lampu solar yang menjadi pilihan ramai pengguna.

LAMPU jalan solar.
LAMPU jalan solar.

3. Lampu jalan solar

Mempunyai fungsi yang sama seperti lampu limpah.

Kegunaannya tidak hanya untuk tepi jalan, tetapi boleh dipasang di kawasan kediaman.

Selain itu, ia boleh menjadi pengganti lampu dalam rumah jika terputus elektrik.

4. Lampu pelita solar

Terdapat pelbagai reka bentuk lampu pelitar solar yang menarik.

Digunakan untuk menghidupkan suasana kaki lima dan taman bunga pada sebelah malam.

Lampu ini berfungsi secara automatik pada sebelah malam dan terpadan apabila siang.

Harga lampu ini lebih murah berbanding jenis lampu solar yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 6:30 AM