PINTASAN Saloma yang menjadi tarikan terbaharu di ibu kota  bergemerlapan dengan warna bendera Palestin.
PINTASAN Saloma yang menjadi tarikan terbaharu di ibu kota bergemerlapan dengan warna bendera Palestin.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PENDERITAAN rakyat Palestin yang berterusan dizalimi rejim Zionis sememangnya mendapat perhatian dunia.

Pelbagai cara tanda solidariti dilakukan bagi menyampaikan mesej bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

Di Malaysia, beberapa bangunan yang menjadi tarikan pelancong di seluruh negara disinari cahaya warna empat rona bendera Palestin iaitu hijau, putih, merah dan hitam sebagai tanda sokongan kepada perjuangan penduduk negara berkenaan.

Di ibu negara misalnya, tarikan pelancong terbaharu di Lembah Klang, Pintasan Saloma turut dilimpahi cahaya warna hijau, merah dan putih sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Kempen pencahayaan bendera Palestin di Pintasan Saloma bermula 22 hingga 28 Mei selama seminggu dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam.

Usaha Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) itu menjadi medium penyampaian mesej keamanan peringkat Malaysia dan dunia.

Selain itu, Menara Kuala Lumpur, KLCC dan Putrajaya turut bergemerlapan dengan cahaya berwarna bendera Palestin.

Di Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak ketinggalan bersama-sama rakyat Malaysia menzahirkan tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis.

Limpahan cahaya empat warna itu turut menerangi Bangunan Wisma MBSA, Seksyen 14 dan ia dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

LAMPU warna hijau, merah, putih, hitam menerangi Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
LAMPU warna hijau, merah, putih, hitam menerangi Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

MASJID Kapitan Keling turut dilimpahi cahaya lampu empat rona itu tanda solidariti untuk Palestin.
MASJID Kapitan Keling turut dilimpahi cahaya lampu empat rona itu tanda solidariti untuk Palestin.

MENARA Jam Besar dan bangunan Pavillion di Kuala Kangsar, Perak dilimpahi cahaya bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas serta dizalimi rejim Zionis.
MENARA Jam Besar dan bangunan Pavillion di Kuala Kangsar, Perak dilimpahi cahaya bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas serta dizalimi rejim Zionis.

Di utara tanah air, Menara Jam Besar dan bangunan Pavillion di Kuala Kangsar, Perak dilimpahi cahaya bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat negara itu yang ditindas serta dizalimi rejim Zionis.

Usaha berkenaan digerakkan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) sebagai inisiatif menzahirkan rasa kebersamaan terhadap perjuangan penduduk Palestin.

Di Pulau Pinang pula, limpahan cahaya lampu dengan warna bendera Palestin turut mewarnai masjid tertua di negeri itu, Masjid Kapitan Keling yang terletak di Jalan Buckingham.

Inisiatif berkenaan adalah simbolik solidariti penduduk di negeri itu terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam serangan tentera rejim Zionis.

Lampu berkenaan dipasang bermula 7 malam hingga 7 pagi dan akan berterusan sehingga Palestin bebas daripada serangan kekejaman Israel.

Selain itu, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang juga antara bangunan ikonik di Pulau Pinang juga bermandikan cahaya lampu berwarna bendera negara berkenaan.

Manakala di Kedah, Menara Alor Setar turut bergemerlapan dengan cahaya berwarna bendera Palestin.

Di pantai timur, Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu turut diterangi dengan empat rona cahaya itu.

Jambatan sepanjang 638 meter yang mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat itu memasang lampu bermula pada jam 7 malam hingga 12 tengah malam selama tujuh hari berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 7:00 AM