REHAT yang cukup perlu untuk mengharungi kehidupan lebih baik.
REHAT yang cukup perlu untuk mengharungi kehidupan lebih baik.
Helmy Abd Rahman

SUDAH bertahun IKEA membantu kita tidur lebih lena. Hakikat itu memang tidak dapat dinafikan dan bagi meneruskan komitmennya untuk terus menawarkan yang terbaik kepada pelanggan, IKEA mengumumkan kempen sepanjang tahun 2020.

Bertemakan ‘Make Home Count,’ kempen ini memberi tumpuan khusus kepada bilik tidur menerusi katalog baharu yang dilancarkan di IKEA Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Gerard Jansen, secara purata kita menghabiskan satu pertiga daripada hidup di bilik tidur untuk berehat dan mengumpulkan tenaga supaya dapat mengharungi kehidupan seharian dengan lebih baik.

“Namun dalam kehidupan hari ini, amat sukar untuk kita memperoleh tidur berkualiti dengan tempoh yang mencukupi. Masyarakat dunia kini hanya tidur kira-kira enam jam sehari.

“Menerusi kempen ‘Make Home Count’ ini, IKEA berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur menerusi reka bentuk menarik, mampu milik dan lestar, sekali gus manjadikan bilik tidur sebagai tempat berehat serta beroleh ketenangan,” katanya ketika majlis pelancaran katalog berkenaan.

SERLAH susun atur perabot di bilik tidur mengikut keperluan anda.
SERLAH susun atur perabot di bilik tidur mengikut keperluan anda.

Katanya lagi, menerusi tinjauan ‘Life at Home’ IKEA mendapati rata-rata dalam kalangan masyarakat sentiasa cuba menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan seharian mereka.

Namun demikian katanya, ramai yang mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati lazimnya orang ramai mengaitkan kurang tidur dengan kejayaan.

Jelas Jansen lagi, tanggapan itu ternyata salah kerana tidur mencukupi sebenarnya penting untuk kita menjalani hidup lebih baik dan berkualiti.

“Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting untuk mengekalkan fungsi fizikal dan mental dengan baik, berkesan, menyelaraskan emosi terbaik serta menikmati kehidupan sewajarnya.

“Dalam hal ini, kami berpendapat bilik tidur selesa dan rapi memainkan peranan penting. Kami bagaimanapun akur ramai berdepan kesukaran

untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan kekangan masa mahupun bajet.

GERARD menunjukkan koleksi selimut dan cadar.
GERARD menunjukkan koleksi selimut dan cadar.

“Oleh itu, tumpuan pertama kami bagi kempen sepanjang tahun ini untuk membantu masyarakat negara ini melakukan perubahan kecil di bilik tidur yang mampu membawa impak besar pada harga mampu milik.

“Mulai September hingga Disember tahun ini, IKEA ‘mempersembahkan’ kepada orang ramai dengan menunjukkan contoh bagaimana perubahan di bilik tidur adalah sangat mudah dengan penggunaan tekstil berbeza dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan.

“Ruang pameran diberi nafas baharu dengan inspirasi terbaik sebagai contoh untuk idea penataan kamar tidur anda. Bayangkan anda boleh melaksanakan perubahan besar di bilik tidur dengan nilai bawah RM320,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 5:20 AM