REKAAN kediaman antara terbaik daripada Trevor Horne Architects dan Phil Goldsmith.
REKAAN kediaman antara terbaik daripada Trevor Horne Architects dan Phil Goldsmith.
COBOURG yang tersergam indah di pesisiran air.
COBOURG yang tersergam indah di pesisiran air.
REKAAN syiling hingga tangga, semuanya diperincikan.
REKAAN syiling hingga tangga, semuanya diperincikan.
KESINAMBUNGAN ruang dalaman yang membolehkan pemandangan luar dapat ditinjau.
KESINAMBUNGAN ruang dalaman yang membolehkan pemandangan luar dapat ditinjau.
RAK buku ringkas di tepi laluan.
RAK buku ringkas di tepi laluan.
KEUNIKAN bumbung ‘zig zag’ jelas kelihatan di ruang kerja atau belajar.
KEUNIKAN bumbung ‘zig zag’ jelas kelihatan di ruang kerja atau belajar.
RUANG dapur yang menyajikan pemandangan taman peribadi.
RUANG dapur yang menyajikan pemandangan taman peribadi.
Hartini Mohd Nawi


Berpangkalan di London, Trevor Horne Architects menjadi tumpuan peminat dunia seni bina apabila menzahirkan idea pada sebuah kediaman di pesisiran air, Lake Ontario, Kanada.

Lake Ontario berada dalam Great Lakes yang menentukan sempadan tenggara negara itu dengan Amerika Syarikat.

Dalam merencanakan pembinaan kediaman itu, Trevor Horne Architects turut bekerjasama dengan syarikat tempatan, Phil Goldsmith.

Struktur binaan yang kukuh, ruang dalaman luas dan dilengkapkan dengan bumbung ‘zig zag.’

Ketika mengulas lanjut berkenaan kediaman dinamakan Cobourg itu, membabitkan rekaan susun atur segi empat yang menarik perhatian.

Pada bahagian depan atau pintu masuk, lekuk berbentuk L membuatkan kediaman ini turut unik jika ditinjau dari jauh.

Ruang dan taman peribadi pada bahagian belakang yang dicipta juga antara kelebihan kediaman ini, apatah lagi kedudukannya di tepi tasik.

Malah ciri tradisional tempatan apabila ada bumbung tertentu diterapkan ‘tebar layar’ yang seolah-olah membentuk huruf V di sepanjang garisan tengah serta turut menghubungkan struktur binaan lain.

Sementara itu, warna palet gelap menjadi pilihan arkiteknya untuk menonjolkan rekaan kediaman itu.

“Pokok yang ada di sekeliling kediaman ini banyak membantu dalam membangkitkan suasana segar dan hijau sepanjang masa.

“Ditambah dengan panorama tasik dan taman awam di sekitarnya,” kata wakil Trevor Horne Architects.

Di ruang dalaman yang luas lebih menarik dengan latar dinding putih, tingkap dan siling rekaan khas menambahkan kelainan dekorasinya.

Wakil Trevor Horne Architects juga tidak menafikan idea ruang yang luas itu bagi memudahkan pemiliknya meletakkan perabot sedia ada dari kediaman lama pada ruang pilihan di kediaman baru itu.

Perancangan pembinaan yang teliti juga turut meliputi penggunaan material zink dan kaca yang melatari bahagian depan kediaman itu turut disambungkan ke garaj, bilik belajar dan bilik tidur.

Seterusnya tangga di bahagian dapur turut menghubungkan tingkat bawah tanah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:23 AM