AMBANK meraikan pelajar yang kurang berkemampuan bagi memberi pengalaman unik menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pakaian baharu.
AMBANK meraikan pelajar yang kurang berkemampuan bagi memberi pengalaman unik menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pakaian baharu.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Kumpulan AmBank melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunannya dengan menceriakan musim perayaan kepada 100 murid kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih, baru-baru ini.

AmBank mengambil inisiatif meraikan pelajar yang kurang berkemampuan bagi memberi pengalaman unik menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pakaian baharu.

Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Shazman Shahid berkata, pihaknya percaya dengan usaha membawa perubahan dalam komuniti, terutamanya pada masa yang bermakna seperti Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

"Melihat senyuman di wajah pelajar ini ketika mereka memilih pakaian baharu Hari Raya, benar-benar menyentuh hati.

"Ia lebih daripada sekadar perjalanan beli-belah dan berkongsi kegembiraan, memupuk semangat bermasyarakat dan memberi impak positif dalam kehidupan generasi muda.

"Kami berbangga untuk meneruskan tradisi ini dan berharap untuk mencipta lebih banyak detik yang tidak dapat dilupakan pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan.

Kumpulan AmBank komited terhadap peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan sentiasa mencari jalan untuk menyumbang secara positif kepada masyarakat.

Sementara itu, pada 20 Mac lalu, pelajar yang dirai dibawa membeli-belah di Mydin Hypermarket di USJ Subang Jaya. Setiap pelajar diperuntukkan RM250 yang ditaja oleh AmBank, untuk memilih pakaian Hari Raya.

Untuk memastikan pengalaman lebih peribadi dan mengujakan, 40 kakitangan AmBank menawarkan diri untuk menemani pelajar, membantu mereka membuat pilihan dan berkongsi kegembiraan musim ini.

Inisiatif ini bukan sekadar membeli-belah, pelajar juga dijamu di majlis berbuka puasa di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, pada 22 Mac lalu.

Acara itu disertai kepimpinan kanan dan kakitangan AmBank.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 2:42 PM