NANCY  (tengah) diiringi Chin Huat (kiri) merasmikan Program Gardenia KL Factory Tour Relaunch Ceremony di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Shah Alam.
NANCY (tengah) diiringi Chin Huat (kiri) merasmikan Program Gardenia KL Factory Tour Relaunch Ceremony di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Shah Alam.
Oleh Mohd Zaky Zainuddin


Shah Alam: Kemudahan pengeluaran Gardenia Bakeries KL (Gardenia KL) menghasilkan 3.8 juta unit produk setiap hari merangkumi roti segar, roti gulung, kek gulung, wafel dan mi kuning.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia KL, Koh Chin Huat berkata, pengeluaran jutaan unit produk harian adalah untuk memenuhi komitmennya kepada pengguna sejak 38 tahun penubuhan syarikat itu.

"Ia bagi memastikan pengguna di seluruh negara dapat menikmati kegemaran peribadi mereka setiap hari," katanya kepada media selepas pelancaran semula program lawatan kilang Gardenia di sini, semalam.

Pelancaran semula program itu disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Selepas 'berehat' selama empat tahun, Gardenia yang juga syarikat roti kegemaran rakyat Malaysia membuka semula program lawatan ke kilangnya kepada kumpulan orang awam dan organisasi.

Pelancaran semula lawatan diperkenalkan selepas sekatan pandemik Covid-19 dan banjir besar 2021 di Shah Alam.

Sejak diperkenalkan 1991, lawatan ke kilang Gardenia KL telah melayani lebih 40,000 pengunjung.

Dibangunkan dengan tujuan keselesaan pelawat, kemudahan itu direka bentuk lengkap dengan dek pemerhatian dan teater untuk lawatan untuk semua golongan daripada yang muda termasuk keluarga, sekolah dan kumpulan profesional.

Pengunjung disambut dengan aroma roti bakar segar dan akhirnya meninggalkan kedai roti dengan rasa kagum dengan teknologi moden dan terkini serta proses pengeluaran yang bersih.

Chin Huat berkata, kepentingan pengubahsuaian kilang dan pelancaran semula program lawatan kilang untuk menawarkan pembabitan sosial antara syarikat dan orang awam.

"Program jelajah kilang Gardenia KL adalah aktiviti yang mendidik dan menyeronokkan yang menyediakan pembabitan sosial positif untuk semua peringkat umur," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2024 @ 9:27 AM