PELANGGAN boleh meneroka pelbagai barangan dengan diskaun menarik di semua cawangan MR DIY di seluruh negara serta secara dalam talian di mrdiy.com.my
PELANGGAN boleh meneroka pelbagai barangan dengan diskaun menarik di semua cawangan MR DIY di seluruh negara serta secara dalam talian di mrdiy.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan MR DIY (M) Berhad (MR DIY) mengadakan Jualan Mega Akhir Tahun (YES) sepanjang bulan ini, dengan menawarkan rakyat Malaysia diskaun sehingga 40 peratus untuk 180 produk.

Pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan dengan diskaun menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk makanan dan minuman (F&B).

Mereka boleh mendapatkannya di cawangan-cawangan MR DIY di seluruh negara serta secara dalam talian di mrdiy.com.my.

Antara tawaran menarik adalah peneduh matahari statik berharga RM3.50, pelekat dinding dapur (RM2.30) dan pembersih pelbagai permukaan Dettol (RM14.90).

Mengulas mengenai inisiatif itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, sebagai peruncit perkakas rumah, pihaknya tidak berbelah bahagi dalam komitmen untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan nilai luar biasa.

"Jualan Mega Akhir Tahun kami bukan sekadar inisiatif biasa. Ia adalah sambutan untuk penjimatan. Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada Always Low Prices," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, istimewa untuk pelanggan, mereka yang layak menebus RM100 baucar eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40, dan menikmati pulangan tunai RM2 apabila mereka menggunakan fungsi 'Pay' Touch 'n Go eWallet di MR DIY, MR DOLLAR, dan MR TOY yang mengambil bahagian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 8:22 AM