ANTARA produk istimewa ditawarkan MR DIY sempena kempen Kembali ke Sekolah.
ANTARA produk istimewa ditawarkan MR DIY sempena kempen Kembali ke Sekolah.

Kuala Lumpur: MR DIY akan mengadakan kempen Kembali ke Sekolah bagi membantu ibu bapa dan pelajar mendapatkan kelengkapan persekolahan dan perlindungan diri pada harga istimewa.

Melalui kempen ini yang berlangsung sepanjang Oktober, MR DIY menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk 51 produk persekolahan di semua 742 cawangan MR DIY termasuk melalui laman e-dagang www.mrdiy.com.my.

Pelanggan boleh mendapatkan pelitup muka kanak-kanak pada harga RM1.40 bagi 10 keping, bekas untuk menyimpan pelitup muka (RM2.50) dan pelindung muka kanak-kanak (RM1.20).

Selain itu, ia turut menawarkan cecair pensanitasi tangan pada harga RM2.50, set sudu dan garfu (RM2.90) serta bekas makanan (RM2).

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, MR DIY sentiasa menjadi pilihan ibu bapa yang mahu mendapatkan keperluan persekolahan seperti beg sekolah, alat tulis dan peralatan lain pada harga murah.

"Tahun ini, kami mendapati ibu bapa juga mengambil berat soal keselamatan anak-anak dan kerana itu kami menambah tawaran produk dalam segmen ini.

"Dengan mengurangkan harga, kami harap dapat membantu ibu bapa mendapatkan segala keperluan pada harga mampu milik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 7:03 AM