Cawangan MBSB.
Cawangan MBSB.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) telah menyerahkan permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan kelulusan bagi cadangan pengambilalihan Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) daripada Permodalan Nasional Bhd untuk membentuk kumpulan perbankan Islam universal.

Satu perjanjian jual dan beli muktamad akan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berurus niaga sekiranya kelulusan diperoleh daripada BNM dan/atau Kementerian Kewangan dan seterusnya kelulusan daripada pengawal selia lain dan pemegang saham, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

"Cadangan urus niaga itu adalah strategik kerana MBSB Bank dan MIDF merupakan dua kumpulan perkhidmatan kewangan berbeza dengan produk dan perkhidmatan pelengkap.

"Kumpulan perbankan universal itu dijangka menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan kepada lebih ramai pelanggan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2022 @ 3:36 PM