GEMS peroleh pelaburan RM220 juta.
GEMS peroleh pelaburan RM220 juta.

Kuala Lumpur: GEMS, platform agregator e-sukan 3.0, telah memperoleh pelaburan AS$50 juta (RM220 juta) daripada GEM Digital Ltd (GEM Group), sebuah firma pelaburan blockchain yang berpangkalan di Bahamas.

Modal baharu itu akan meningkatkan lagi produk GEMS dan mengembangkan ekosistem di peringkat global, dengan tumpuan utama di Asia.

GEMS pada masa ini mempunyai lebih daripada 80 syarikat e-sukan dan blockchain sebagai rakan kongsi, kebanyakannya adalah perintis, pelabur peringkat atasan atau peneraju bertaraf dunia dalam industri.

Ketua Pegawai Eksekutif GEMS, Andy Koh berkata, pihaknya berbesar hati untuk menandatangani perjanjian komitmen pelaburan bernilai AS$50 juta dengan Kumpulan GEM.

"Perjanjian dengan GEM ini meletakkan kami di peringkat seterusnya dalam pembangunan sambil kami terus berinovasi dan mengembangkan produk kami.

"Memandangkan rancangan pengembangan kami adalah inklusif dan agresif, GEMS mengalu-alukan rakan kongsi industri e-sukan dan blokchain baharu untuk menyertai kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Andy (dua dari kanan) bersama rakan kongsi dari Hatten Land.
Andy (dua dari kanan) bersama rakan kongsi dari Hatten Land.

Kumpulan GEM secara aktif mendapatkan sumber, struktur dan melabur dalam projek blockchain di seluruh dunia.

GEMS ialah platform e-sukan 3.0 yang menjanjikan sistem O2O (dalam talian-ke-luar talian) yang unik.

Ia memacu e-sukan menjadi 3.0 dengan menyepadukan e-sukan dengan elemen blockchain.

"Kami akan mengalami perubahan asas dalam melihat dunia blockchain dan e-sukan. Kami melihat potensi besar dalam platform GEMS Esports 3.0 dan ingin memberikan sokongan muktamad kami kepada GEMS.

"Komitmen modal GEM memberikan sokongan padu kepada pembangunan masa depan dan pengembangan platform kami, terutamanya di Asia," katanya.

Andy berkata bahawa sebahagian daripada modal itu akan membiayai pemerolehan pengguna.

Beliau berkata komitmen pembiayaan AS$50 juta daripada GEM akan memupuk pertumbuhan GEMS dan rakan kongsinya.

"Dengan LABS Group dan Arena Esports Hotel sebagai rakan kongsi kami, langkah seterusnya ialah menggunakan modal ini dengan bijak untuk memupuk ekosistem O2O kami, serta meneroka peluang baharu dan menarik untuk GEMS," kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GEMS dan LABS, Yuen Wong.

GEMS telah memperoleh tambahan AS$50 juta selain pengumpulan dananya sebanyak AS$7.46 juta, yang dilihatnya sebagai peluang daripada pasaran.

"Dengan sokongan lebih 45 rakan kongsi dan pakatan, GEMS teruja untuk merekrut lebih ramai pengguna awal untuk mengetahui tentang platform Esports 3.0 ini.

"Kami akan melonjakkan e-sukan menjadi 3.0," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2022 @ 4:31 PM