Pengerusi FunnelEvo Fahdi Ghazali
Pengerusi FunnelEvo Fahdi Ghazali

FUNNEL Evo Sdn Bhd (FunnelEvo) menyasarkan untuk membantu 100,000 usahawan di seluruh Asia Tenggara menerusi platform jualan Kuasa.

Pengerusinya, Fahdi Ghazali berkata, sistem Kuasa diwujudkan bagi membantu usahawan meningkatkan jualan mereka melalui platform yang lebih komprehensif.

Katanya, sistem Kuasa adalah penjenamaan semula daripada sistem sedia ada iaitu Saleskip.

"SaleSkip ditubuhkan untuk membantu peniaga menguruskan bisnes secara automatik dengan lebih cepat dan terurus tanpa menggunakan platform manual seperti WhatsApp.

"Sepanjang dua tahun Saleskip di pasaran, seramai 30,000 pengguna mendapat manfaat mengautomasikan bisnes mereka secara dalam talian dan memendekkan proses mendapatkan jualan dengan ciri pengambilan pesanan, pengurusan jualan, pembayaran dalam talian, integrasi sistem penghantaran segera dan kurier serta ciri auto follow-up.

"Sistem Kuasa dengan ciri-ciri dipertingkat untuk memenuhi keperluan semasa usahawan termasuk Kuasa Sales: Sales Funnel yang memfokus untuk menjana jualan berganda dengan sistem upsell dan downsell.

"Ciri lain pula adalah Kuasa CRM di mana ia membantu mengurus pelanggan semudah drag and drop dan Kuasa Blast untuk follow-up semua pelanggan dengan hanya satu klik melalui WhatsApp, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel," katanya.

Menurutnya, sistem ini disasarkan khusus untuk usahawan yang sudah lama membina perniagaan dan individu yang baru memulakan perniagaan separuh atau sepenuh masa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 7:03 AM