NOH Omar (empat dari kiri) merasmikan Festival Gaya Raya, KUSKOP dan SME Corp bersama Absolut Bazaar X Gaya Raya di MITEC. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL.
NOH Omar (empat dari kiri) merasmikan Festival Gaya Raya, KUSKOP dan SME Corp bersama Absolut Bazaar X Gaya Raya di MITEC. FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL.

KLNEWS

Oleh Natrah Laili Abdul Aziz

[email protected]

( online )( slug - bisnes3 ) H: Jualan 66 jam tanpa henti, 420 usahawan gegar MITEC

Kuala Lumpur: Berjaya anjur jualan selama 66 jam tanpa henti membabitkan penyertaan 420 usahawan pada Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) di sini.

Itu antara kejayaan My Events International yang mengadakan acara besar itu bermula 22 April lalu dengan kerjasama Absolut Event & Management.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Hema Kandy berkata, gabungan semangat kerjasama, kemahiran, pengalaman dan bidang masing-masing menjadi faktor utama majlis itu berjalan lancar serta mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

"Sebanyak 420 usahawan berkumpul untuk jualan mega di sini selama 66 jam dan ini adalah peluang untuk mereka menawarkan produk masing-masing pada harga menarik. Ini memandangkan ia adalah minggu terakhir untuk persiapan hari raya.

"Meskipun ada juga jualan mega berlangsung di lokasi-lokasi utama di sekitar Lembah Klang, ia tidak menjejaskan jualan di sini kerana kami memiliki keunikan tersendiri," katanya selepas majlis pelancaran Festival Absolut Bazaar x Gaya Raya 2022 yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar di MITEC di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Pembangunan MITEC, Winnee Lim; Pengasas Bersama Absolut Brands Sdn. Bhd. Nurali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Syed Fuad.

Lim menerangkan, kelebihan MITEC yang memiliki keluasan dan boleh menampung sehingga 100,000 pengunjung dalam satu-satu masa turut menawarkan keselesaan dan penjarakan sosial bersesuaian untuk orang ramai membeli-belah bagi membuat persiapan hari raya.

"Kemudahan yang lengkap seperti surau, tempat makan dan juga kawasan meletak kenderaan di sini juga memainkan peranan bagi meningkatkan keyakinan pengunjung ke sini," katanya.

Sementara itu, Nurali memaklumkan, penganjuran jualan selama 66 jam tanpa henti di sini memberi peluang kepada pengunjung untuk berada di MITEC sepanjang hari.

"Ini menunjukkan lokasi dan kemudahan di sini bersesuaian untuk mereka bersama keluarga berkumpul menikmati makanan dan minuman untuk berbuka serta bersahur selain membeli-belah.

"Kami mahu kesepakatan kerjasama ini diteruskan pada jualan hari raya tahun depan atau jika ada permintaan kami mahu membawa konsep yang sama ke luar Lembah Klang," ujarnya.

Tan Sri Noh yang melawat tapak jualan menyifatkan festival itu sebagai festival terbesar di Malaysia setakat ini.

Beliau menganggap festival itu memberi ruang kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana untuk mempromosikan produk mereka kepada orang awam.

"Penganjuran festival ini sudah pasti akan menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya setelah dua tahun disambut dalam suasana suram," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 12:36 AM