Syafiq Kyle dan kekasihnya, Mimi Lana.
Syafiq Kyle dan kekasihnya, Mimi Lana.
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Pelakon, Syafiq Kyle kini sibuk membuat persiapan perkahwinannya dengan Mimi Lana yang dijangka berlangsung tahun ini.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ketika ditemui berkata, dia dan Mimi yang juga pelakon sudah menghadiri kursus kahwin, baru-baru ini.

"Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar 'selfie' ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.

"Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga. Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami.

"Ketika ini saya sibuk mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Apa yang boleh saya kongsi, kita dulukan apa yang wajib sebelum memikirkan mengenai soal lain," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Ditanya sejauh mana persiapan Mimi Lana, bintang drama Nur memaklumkan kekasihnya itu teruja dan sama-sama membuat perancangan yang terbaik.

Pasangan pelakon popular ini mula berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka pada 2019.

Bagaimanapun, pada Mei 2020 hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali menjalin cinta beberapa bulan kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2023 @ 6:16 PM