KETUA Pegawai Eksekutif Speedhome, Wong Whei Meng.
KETUA Pegawai Eksekutif Speedhome, Wong Whei Meng.
KERAJAAN  harus memikirkan bagaimana untuk menjadikan kos sewaan lebih mampu milik untuk golongan muda yang baru bekerja.
KERAJAAN harus memikirkan bagaimana untuk menjadikan kos sewaan lebih mampu milik untuk golongan muda yang baru bekerja.

SYARAT deposit 2+1 yang biasa dikenakan pemilik kediaman kepada penyewa dilihat membebankan khususnya untuk golongan muda yang baru memulakan kerjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Speedhome, Wong Whei Meng berkata, umum sedia maklum bahawa pemeliharaan aliran tunai sangat penting ketika ekonomi semakin pulih.

"Namun pengeluaran deposit rumah 2+1 membebankan penyewa. Oleh itu, selain menyediakan jaminan pinjaman perumahan untuk pekerja ekonomi gig, kerajaan juga perlu memperkukuh kuasa sewaan kediaman untuk golongan muda.

"Kita bukan sahaja harus menggalakkan golongan muda membeli rumah, tetapi kerajaan juga harus memikirkan bagaimana untuk menjadikan kos sewaan lebih mampu milik untuk golongan muda yang baru bekerja," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, deposit sewa yang tinggi menyukarkan majoriti anak muda untuk mencari rumah.

"Oleh sebab itu, pelaksanaan langkah kecil ini dapat memberi kesan besar untuk memperkasakan golongan belia yang berpindah ke bandar," katanya.

Menurutnya, ketika negara kini sedang memasuki fasa pemulihan, permintaan sewa di kawasan Lembah Klang terus meningkat selama dua bulan berturut-turut.

"Di samping itu, terdapat tanda-tanda pelajar dan pekerja yang bakal pulang dari lain-lain negeri, yang akan turut menyumbang kepada peningkatan permintaan rumah sewa.

"Covid-19 banyak memberi kesan buruk kepada pemilik rumah sewa kerana mereka menghadapi kadar kekosongan rumah yang sangat lama serta penyewa yang bermasalah.

"Namun, dasar kerajaan jarang melindungi kepentingan mereka, apatah lagi hampir tiada rebat cukai sewa diumumkan dalam Bajet 2022.

"Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kerugian sewa dan juga kerugian besar lain. Ini menyebabkan lebih ramai tuan rumah menjadi lebih ketat dalam memilih bakal penyewa dan pada masa sama meluaskan lagi konflik antara penyewa dan pemilik rumah sewa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 7:00 AM