Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand, Jurin Laksanawisit (berbaju hijau) ketika melawat ruang pameran sempena THAIFEX-Anuga Asia yang diadakan secara hibrid.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand, Jurin Laksanawisit (berbaju hijau) ketika melawat ruang pameran sempena THAIFEX-Anuga Asia yang diadakan secara hibrid.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Dalam usaha memantapkan lagi prestij sebagai pameran perdagangan makanan dan minuman terkemuka di Asia serta memperkayakan kepelbagaian yang ditawarkan, THAIFEX-Anuga Asia meningkatkan jangkauan dengan mendorong jirannya, Malaysia untuk turut serta dalam Pameran Perdagangan Maya (VTS) yang sedang berlangsung sebagai segmen dalam pameran perdagangan Hibrid+ makanan dan minuman (F&B) mereka.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Thailand, Jurin Laksanawisit berkata, VTS yang juga fasa permulaan sebelum acara fizikal utama yang akan diadakan mulai 29 September hingga 3 Oktober nanti, adalah platform dalam talian 24 jam untuk pengimport, rakan dagang serta usahawan antarabangsa untuk bertemu dan merunding perjanjian dengan pengendali F&B Thailand yang mengambil bahagian dalam ekspo THAIFEX-Anuga Asia 2021, Edisi Hibrid menjelang 24 hingga 28 Mei 2022.

"Antara objektif utama tahun ini adalah untuk menarik penyertaan rakyat Malaysia yang lebih besar. VTS akan berfungsi sebagai platform padanan perniagaan yang ideal bagi pengimport Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Thailand di sini baru-baru ini.

Acara berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Thailand.

VTS akan membolehkan peserta mempamerkan kepakaran perdagangan mereka melalui saluran dalam talian yang direka khas.

Pempamer Thailand akan meletakkan inovasi dan produk baharu mereka seiring dengan gaya hidup pengguna dalam era normal baharu ini selain daripada mengadakan aktiviti rundingan urus niaga melalui panggilan video, menetapkan standard baharu untuk pameran perdagangan masa depan.

"Platform ini akan siap untuk digunakan bersama aktiviti khas yang berterusan hingga 3 Oktober nanti," katanya.

Tahun lalu, VTS menerima 1,080 pemohon dalam talian dari 77 negara yang menjalankan perdagangan mereka di platform berkenaan, yang mana, 752 pembeli telah berjaya memenuhi syarat mereka dengan peserta pameran.

"Sehingga hari ini, sejumlah 1,750 syarikat dari 97 negara telah mendaftar, meningkat 132 peratus dan 25 peratus, masing-masing berbanding tahun sebelumnya," kata kenyataan itu.

Sehingga kini, 209 peserta pameran dari 363 syarikat berdaftar dengan VTS telah mengesahkan penyertaan mereka.

"Kami sangat yakin bahawa pengeksport termasuk pengeluar dalam industri F&B Thailand akan dapat menyampaikan inovasi F&B mereka bagi memenuhi trend penggunaan baharu, yang bukan semata-mata memfokuskan pada rasa atau manfaat kesihatan makanan, tetapi juga sumber bahan mentah, proses pengeluaran dan jaminan keselamatan makanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Ogos 2021 @ 5:17 PM