Shopee
Shopee
Bisnes HM

Kuala Lumpur: Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung sekarang hingga 11 November ini menawarkan produk dengan potongan harga sehingga 99 peratus.

Shopee dalam kenyataan berkata, lebih dari 1,200 jenama dan peruncit serta 800,000 penjual di Shopee menawarkan rakyat Malaysia potongan harga terbesar dan tawaran yang menakjubkan.

"Dengan lebih 100 juta produk untuk dipilih, pelanggan juga berpeluang mendapatakan barangan pada harga serendah 11 sen pada Jualan Kilat Shocking Sale.

"Malah, perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma juga diturunkan daripada RM40 kepada RM11," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, sempena jualan itu juga, seorang pelanggan bertuah berpeluang membawa pulang Proton X50 pada harga hanya RM1.

"Selain itu, terdapat beberapa lagi barangan berjenama yang turut ditawarkan pada harga RM1 sepanjang tempoh jualan ini," katanya.

Shopee berkata, bagi memudahkan transaksi dijalankan pada 11 November, pelanggan disarankan memasukkan produk ke dalam kart untuk mengelakkan kehabisan stok pada jam 12 tengah malam.

"Selain itu, jangan lupa untuk tuntut dan simpan baucar penghantaran percuma dan baucar diskaun lain terlebih dahulu

"Pastikan baki dalam dompet ShopeePay anda mencukupi untuk mengelakkan penambahan nilai pada saat-saat terakhir.

"Pengguna juga berpeluang untuk memenangi sehingga 11,111 Syiling Shopee apabila mereka menambah nilai RM100 ke dalam akaun ShopeePay mereka dari sekarang hingga 9 November, dan RM50 pada 10 November.

"Selain itu, pengguna kali pertama ShopeePay akan menerima baucar RM8 apabila mereka menyempurnakan transaksi pertama mereka dengan perbelanjaan minimum RM25," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 8:19 AM