Kad Kredit AirAsia menawarkan pelbagai manfaat dan pulangai tunai selain hadiah menarik. - FOTO AirAsia
Kad Kredit AirAsia menawarkan pelbagai manfaat dan pulangai tunai selain hadiah menarik. - FOTO AirAsia
Muhamad Shaifullah Tayep

PLATFORM gaya hidup komprehensif, BIG Loyalty komited memberi ganjaran kepada ahli setia BIG di lebih 300 rakan niaga seluruh dunia meliputi kategori gaya hidup, pelancongan, servis kewangan, beli-belah, makanan, hiburan dan banyak lagi.

Ahli BIG boleh mengumpul BIG Poin melalui perbelanjaan di rakan niaga BIG Loyalty seperti pelancongan, gaya hidup dan servis perbankan seperti Agoda, Booking.com, Zalora, Lazada, Alliance Bank dan banyak lagi.

Malah, tempahan tiket penerbangan, hotel, aktiviti, tawaran dan barangan OURSHOP di airasia.com juga melayakkan ahli BIG untuk mengumpul BIG Poin.

BIG Poin juga boleh dikumpul melalui penukaran mata bank di semua institusi perbankan utama atau mata ganjaran kesetiaan lain seperti PETRONAS Mesra, Mydin, Samsung Rewards kepada BIG Poin.

Ketahui lebih lanjut mengenai BIG Loyalty di airasiabig.com.

Tiga langkah mudah melayakkan anda untuk mengumpul BIG Poin berganda. - FOTO AirAsia

Bagi membolehkan ahli BIG untuk mengumpul BIG Poin lebih pantas, daftar Kad Kredit AirAsia sehingga 31 Disember 2020.

Setiap pendaftaran Kad Kredit AirAsia dalam tempoh itu melayakkan anda untuk menerima pulangan tunai sehingga RM125 tertakluk terma dan syarat, peti sejuk mini dengan minimum perbelanjaan runcit berjumlah RM500 dan dua kali ganda BIG Poin tambahan di samping mata ganjaran terkumpul dalam tempoh 60 hari.

Selain itu, sebagai ahli BIG anda turut akan menerima manfaat kekal sebagai pemegang Kad Kredit AirAsia seperti BIG Poin sebanyak 25,000, kosong peratus kadar faedah untuk pelan bayaran mudah sehingga 12 bulan, terkecuali daripada yuran tahunan seumur hidup dan boleh mengumpul BIG Poin lebih pantas dengan membuat perbelanjaan harian.

Kad Kredit Airasia. - FOTO AirAsia

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Kredit AirAsia dan BIG #BELILIONAIRE, layari www.airasiacards.com.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 November 2020 @ 11:18 AM