PEMBELIAN produk Huawei beri peluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah hingga RM2 juta.
PEMBELIAN produk Huawei beri peluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah hingga RM2 juta.

ORANG ramai yang mahu mendapatkan pelbagai barangan eksklusif daripada Huawei boleh melakukan pembelian peranti P40 Pro+ serta MatePad Pro 5G menerusi Huawei AppGallery Karnival 2020 yang akan berakhir esok.

Huawei AppGallery kini mengandungi pelbagai aplikasi terkini yang sering digunakan rakyat tempatan seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Line, HereWeGo, AirAsia, TikTok, Lazada, Touch 'n Go, eWallet, Foodpanda dan Maybank2u.

Karnival Huawei AppGallery ini sudah dilaksanakan sejak 26 Jun lalu dan berakhir esok.

Pembeli juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah hingga RM2 juta termasuk tiga Proton X70 dan 500 skuter elektrik.

Selain itu, pengguna kini boleh mendapatkan dua peranti yang ditunggu-tunggu dengan keupayaan jaringan 5G iaitu Huawei P40 Pro+ dan Huawei MatePad Pro 5G yang secara rasmi sudah mula dijual pada hari ini.

Kedua-dua peranti berkenaan berkeupayaan untuk jaringan termaju berkenaan, sekali gus pengguna dapat menikmati kelajuan sistem jaringan terutama dalam aspek prestasi peranti serta reka bentuk terkini yang dinamik.

Peranti berkenaan dikuasakan pemproses generasi baharu Kirin 990 dengan cip terbina 5G Huawei dan ia adalah peranti pintar sekali gus memberi pengalaman terbaik buat pengguna.

Bagi membawa anda ke masa depan pengalaman penuh 5G, Huawei menawarkan kedua-dua model berkenaan dalam pakej Business Bundle untuk hanya RM22.73 sehari (tempoh ansuran 12 bulan).

Secara bersama, kombo Huawei P40 Pro+ dan Huawei MatePad Pro 5G akan memberikan pengalaman Huawei Share yang terunggul.

Hanya satu sentuhan diperlukan untuk menghubungkan Huawei P40 Pro+ bersama Huawei MatePad Pro 5G.

Dengan Huawei Share, anda boleh menghantar fail antara kedua-dua peranti itu dengan menarik dan meletak ('drag and drop'), selain salin-tampal antara kedua-duanya.

lebih RM1,300.

Hadiah percuma ini termasuk sepasang HUAWEI Freebuds 3, satu HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand, akses percuma sehingga tiga bulan kepada HUAWEI Video VIP, Dimsum Entertainment, Qello Concert dan The Explorers (sah dari 26 Jun sehingga 30 November).

Pengguna juga akan mendapat storan 50GB HUAWEI Cloud 6, selain lanjutan jaminan setahun dan perlindungan skrin retak sebulan.

HUAWEI MatePad Pro 5G (8GB + 256GB) didatangkan dengan 'casing' kulit Forest Green mesra alam dan dijual pada harga RM3,299.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 7:30 AM