STOEL
STOEL
Bisnes Digital

PRESTASI kewangan British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT Malaysia) bagi 2019 mencatat penurunan ketara akibat perdagangan rokok seludup yang semakin meningkat di dalam negara.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Erik Stoel berkata, prestasi kewangannya untuk 2019 menandakan penurunan pendapatan dan untung daripada operasi buat tahun keempat berturut-turut sejak kerajaan menaikkan cukai rokok pada 2015.

“Jumlah penguasaan industri rokok sah jatuh 10 peratus bagi 2019 berbanding tahun sebelumnya yang disumbangkan terutama oleh peningkatan perdagangan rokok seludup yang ketika ini mewakili 63 peratus daripada jumlah keseluruhan industri.

“Jumlah ini meningkat mendadak daripada 33.5 peratus pada 2015. Ini bermakna, industri rokok sah berkurangan hampir 40 peratus dalam tempoh empat tahun sejak 2015 disebabkan perdagangan rokok seludup,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, walaupun terdapat peningkatan dalam penguatkuasaan tahun ini, usaha yang tidak konsisten membuktikan ia tidak mencukupi untuk menangani masalah rokok seludup yang tinggi dan tidak diterjemahkan kepada pemulihan jumlah untuk rokok sah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Februari 2020 @ 9:59 AM