GLENN Tan (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Subaru Forester baharu di bilik pameran Subaru, Petaling Jaya. FOTO Salhani Ibrahim
GLENN Tan (dua dari kanan) pada majlis pelancaran Subaru Forester baharu di bilik pameran Subaru, Petaling Jaya. FOTO Salhani Ibrahim
Lizam Ridzuan


TC Subaru Sdn Bhd, pengedar utama kenderaan jenama Subaru di negara ini melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester Serba Baharu yang diimport sepenuhnya dari Thailand.

Pengerusi dan Pengarah Urusan, Tan Chong International Limited, Glenn Tan berkata, model baharu generasi kelima itu tampil dengan ciri terkini dan keselamatan termaju dibina di atas Platform Global Subaru.

“SUV saiz pertengahan itu menawarkan enjin 2.0 liter Boxer pacuan semua roda (AWD) Simetri melalui kotak gear Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) baharu tujuh kelajuan dengan mod manual serta ciri lain seperti X-Mode untuk laluan lasak.

“Ia juga dilengkapi ruang kargo lebih besar yang ditambah 251 liter menjadikan 1,775 liter serta jarak roda 30 milimeter (mm) berbanding generasi sebelumya menjadikan ruang kaki penumpang bertambah sebanyak 33mm.

“Forester Serba Baharu yang lebih besar ini turut menggabungkan empat elemen teknologi Subaru Core iaitu selamat, selesa, menyeronokkan kepada pemandu dan penumpang serta teknologi bantu pemandu EyeSight untuk perjalanan lebih selamat dan kurang stress,” katanya pada majlis pelancaran di Petaling Jaya, hari ini.

Subaru Forester Serba Baharu generasi kelima ini ditawarkan dalam tiga varian dijual pada harga RM139,788 (Subaru Forester 2.0i-L) RM149,788 (Subaru Forester 2.0i-S) dan RM159,788 (Subaru Forester 2.0i-S EyeSight).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 3:34 PM