COSTA Coffee mengadakan siri jelajah MINI Costa di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang sempena pembukaan cawangan baharu.
COSTA Coffee mengadakan siri jelajah MINI Costa di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang sempena pembukaan cawangan baharu.

KUALA LUMPUR: Peminat kopi tempatan berpeluang menikmati aroma baru daripada Costa Coffee melalui pembukaan cawangan di Malaysia.

Costa Coffee dalam satu kenyataan berkata, cawangan terbaharu ini dibuka di beberapa lokasi utama di ibu kota antaranya Bangsar Shopping Centre (BSC), NU Sentral Mall, Sunway Pyramid, Menara Allianz dan Q Sentral.

Untuk cawangan pertama di BSC, penggemar kopi boleh mula menikmati hidangan daripada Costa Coffee secara rasmi mulai 31 Julai ini diikuti NU Sentral Mall (3 Ogos), Menara Allianz (13 Ogos), Sunway Pyramid (16 Ogos) dan Q Sentral (26 Ogos).

Melalui Costa Coffee, ia menawarkan kopi yang enak disediakan barisan barista berpengalaman dengan kopi flat white menjadi pilihan popular dalam kalangan penggemar kopi Costa.

Bagi meraikan pembukaan rasmi lima cawangan ini, 100 cawan kopi percuma diberikan setiap hari selama tiga hari di semua lokasi Costa Coffee.

Untuk mereka yang berada berhampiran BSC, boleh mengunjungi lokasi berkenaan untuk menikmati kopi percuma pada 1 hingga 3 Ogos depan, NU Sentral (4 - 6 Ogos), Menara Allianz (13 - 15 Ogos), Sunway Pyramid (18 -20 Ogos) dan Q Sentral (27 - 29 Ogos).

Sebagai tambahan, Costa Coffee turut memberikan pelbagai barangan kepada orang ramai melalui trio MINI Costa yang berlegar sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 9:34 AM