Muhamaad Razis Ismail

DALAM usaha menyokong langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Costa Coffee ada sebuah aplikasi mudah alih bagi memudahkan transaksi untuk pelanggan dan orang awam serta berharap agar ianya dapat menjamin keselamatan pelanggan, orang awam dan pekerjanya.

Menerusi aplikasi Costa Coffee ini, pelanggan masih boleh menikmati kopi kegemaran dengan hanya membuat tempahan menggunakan telefon pintar.

Sebelum itu, anda perlu memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan IOS Store secara percuma.

Lebih menarik, sebaik pendaftaran selesai, pelanggan akan mendapat 120 'beans' yang terus dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Dengan aplikasi ini, pelanggan diberi pilihan sama ada mahu mengambil sendiri (Self-Collect), dihantar oleh Costa Coffee (Hand Delivery) atau menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood.

Pelanggan yang mahu mengambil sendiri kopi, boleh membuat tempahan lebih awal sebelum mengambilnya di cawangan Costa Coffee terpilih tanpa perlu beratur dan minuman disiapkan pada masa yang ditetapkan untuk mengekalkan kesegarannya.

Ini dapat membantu dalam memendekkan masa pelanggan di dalam premis dan mengamalkan penjarakan sosial.

Bagi mereka yang berada dalam linkungan 500 meter daripada enam cawangan Costa Coffee (Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, Nu Sentral, Q Sentral, Menara Allianz Sentral, Bangsar Shopping Centre dan Menara MCMC) boleh memilih menggunakan penghantaran Costa Coffee (Hand Delivery).


Pelanggan yang berada jauh daripada cawangan Costa Coffee tidak perlu risau kerana mereka boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan melalui aplikasi mudah alih itu.

Semua cawangan masih beroperasi seperti biasa namun pembayaran menggunakan kaedah tanpa tunai dan minuman yang disediakan hanya untuk dibawa pulang sahaja sebagai langkah mematuhi jarak selamat.

Kemudahan aplikasi ini secara tidak langsung memudahkan transaksi pembayaran yang dibuat dengan e-wallet dan FPX supaya pelanggan dapat menikmati kopi di rumah dalam keadaan lebih selamat.

Dengan aplikasi ini, Costa Coffee mempromosikan pembayaran tanpa tunai dengan menyasarkan menjadi penyedia perkhidmatan makanan dan minuman menggunakan kaedah itu pada tahun 2022.

Costa Coffee sangat menghargai kesetiaan pelanggannya dan mengalu-alukan sebarang maklum balas untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan sebarang maklum balas boleh dibuat melalui aplikasi ini.

Costa Coffee mendoakan keadaan akan kembali pulih seperti biasa demi kesejahteraan semua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 10:00 AM