Perlukan kopi sebelum memulakan hari yang mencabar? Bakar semangat anda dengan Costa Coffee untuk terus berjuang.

Meskipun bekerja dari rumah, ini tidak bermakna kita harus mengubah atau meninggalkan rutin harian. Oleh itu, berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 ini Costa Coffee Malaysia ingin memainkan peranannya dengan menyediakan kemudahan kepada semua pelanggan setianya.

Sebagai tanda sokongan penuh kepada inisiatif kerajaan dalam membendung wabak dan pandemik ini, Costa Coffee Malaysia mengambil beberapa langkah penting dengan mempromosikan transaksi bayaran nirtunai, bawa pulang dan pesanan penghantaran tanpa sentuhan melalui penyelesaian yang inovatif dan komprehensif menerusi aplikasi Costa Coffee Malaysia.

Terdapat tujuh kedai Costa Coffee di seluruh Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid, Bangsar Shopping Centre, Nu Sentral, Q Sentral, Menara Allianz, Menara MCMC dan yang terbaru di Radia Bukit Jelutong. Dengan aplikasi Costa Coffee Malaysia, akses ke setiap lokasi tersebut menjadi sungguh mudah!

Menerusi aplikasi Costa Coffee Malaysia ini, ia membawakan pengalaman seperti berada di Kedai Costa Coffee dengan memastikan pengunjung menerima senarai lengkap rangkaian makanan dan minuman di setiap cawangan dengan mudah, semuanya hanya di hujung jari.

Anda juga bebas memilih untuk menikmati Flat White istimewa, Coconut Pandan Latte yang menyegarkan atau Double Chocolate Mocha Frostino yang memikat.

Selain itu, Costa Coffee juga menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan untuk dipilih melalui aplikasi terdiri dari 'Scrambled Egg Beef Brisket Croissant', 'London Cheesecake' hingga ke 'Costa Nasi Lemak'.

Terdapat banyak pilihan disediakan apabila anda membuat pesanan melalui aplikasi ini antaranya :

• Penghantaran: Pilih sama ada anda mahu pesanan dihantar terus kepada anda, dihantar ke rumah atau ke pejabat. Semua pesanan anda akan dibuat segar dari kedai berhampiran anda.

• 'Takeaways': Pilih untuk mengatur pengambilan pesanan di Kedai Costa Coffee pilihan anda, tanpa perlu risau kerana kesemua Kedai Costa Coffee mengamalkan atur cara kerja (SOP) ketat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan.

• Pembayaran tanpa sentuhan: Anda juga mempunyai kemudahan untuk melakukan semua pembayaran melalui aplikasi Costa Coffee sendiri, tanpa memerlukan sebarang sentuhan fizikal.

• Pesanan khas: Ingin membuat pesanan khas untuk keluarga dan rakan-rakan? Mahu permintaan istimewa untuk kek peribadi? Aplikasi ini akan menghubungkan anda terus dengan krew Costa Coffee Malaysia dan seterusnya memenuhi segala permintaan anda.


Mata ganjaran

Aplikasi Costa Coffee Malaysia bukan sahaja menawarkan cara yang lebih mudah, selamat dan selesa untuk menikmati semua makanan dan minuman kegemaran dari kedai, anda juga akan dihadiahkan imbuhan hebat dalam bentuk mata ganjaran "bean"!

Mata ganjaran ini boleh ditebus atau ditukarkan untuk tawaran pulangan tunai bagi makanan dan minuman atau pembelian barangan dari Costa Coffee Malaysia.

Jadilah yang terawal

Dari kemas kini dan pengumuman baru sehinggalah ke promosi dan ganjaran hebat, anda akan menjadi yang pertama untuk mengetahuinya melalui aplikasi Costa Coffee Malaysia.

Aplikasi ini juga menyediakan cara mudah untuk menghubungi Costa Coffee Malaysia sekiranya diperlukan. Apa pun juga cara anda berhubung, aplikasi Costa Coffee Malaysia ini direka dengan ingatan untuk memudahkan anda.

Muat turun sekarang melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Tanpa ragu-ragu Costa Coffee Malaysia akan menghantar kopi dan makanan kegemaran terus kepada anda dengan hati yang terbuka dalam bersama memerangi penularan pandemik Covid-19 ini.

Berita baik untuk semua peminat kopi, mulai 1 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020, Costa Coffee Malaysia akan melancarkan edisi minuman terhad, Gingerbread Latte bersempena perayaan Krismas pada tahun ini. Kunjungi kedai kami yang berdekatan untuk menikmati suasana perayaan ini.

Jika anda mempunyai sebarang komen, pertanyaan atau cadangan penambahbaikan pada aplikasi Costa Coffee, hubungi anggota-anggota Costa Coffee melalui laman Instagram, @costacoffeestores

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 11:55 AM