COSTA Coffee jual minuman teh? Betul! Betul serius. Bukan satu tapi tiga hidangan minuman berasaskan teh yang ditawarkannya di dalam masa terhad atau Limited Time Only (LTO).

Pemegang francais induk Costa Coffee di Malaysia, Gapurna Permai Sdn Bhd (GPSB) telah memperkenalkan menu air minuman terbarunya untuk masa terhad (Limited Time Only (LTO) kepada orang ramai untuk menikmati rasa minuman bukan sahaja sinonim dengan aroma kopi malah kepada penggemar minuman teh.

Minuman LTO terbaru berasaskan teh yang ditawarkan turut mempunyai sentuhan rasa tempatan iaitu Iced Cardamom Rose Tea, Iced Honey Rose Tea, serta Gula Melaka Milk Tea.

Pengarah GPSB, Izza Salim berkata, ketika ini LTO boleh dinikmati di cawangan Costa Coffee Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, Pusat Membeli-belah Nu Sentral, Menara Allianz Sentral, Q Sentral, Bangsar Shopping Centre dan Menara MCMC.

Beliau berkata, Costa Coffee akan terus mencipta hidangan minuman yang unik kepada semua pelanggan di Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan cita rasa yang tersendiri dalam minuman.

“Kami juga bercadang untuk menambah menu baru untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami.

“Sebagai menghargai jasa pelanggan yang setia dengan Costa Coffee, kami berhasrat untuk mengadakan pelbagai aktiviti promosi dan kempen inovasi bagi mengukuhkan jenama Costa Coffee di pasaran tempatan,” katanya.

Memandangkan industri penghantaran makanan dan minuman semakin mendapat perhatian pengguna di Malaysia, Costa Coffee turut boleh didapati menerusi penghantaran GrabFood.

Kerjasama Costa Coffee dan GrabFood dilihat memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menikmati menu hidangan minuman disediakannya yang hanya perlu menunggu di rumah atau pejabat sahaja.

Izza berkata, sekiranya pelanggan ingin menggunakan perkhidmatan itu, mereka boleh mendaftar di aplikasi Grab dan pilih kategori ‘Food,’ hanya perlu mencari Costa Coffee, pilih minuman yang diinginkan dan seterusnya membuat pembayaran.

“Kemudian, GrabFood akan mengambil pesanan anda daripada salah satu enam cawangan Costa Coffee berkenaan untuk dihantar kepada pelanggan yang berada pada jarak sekitar cawangan berkenaan.

“Kerjasama dengan entiti penghantaran, GrabFood dilihat dapat membantu syarikat untuk terus memberi kemudahan kepada pelanggan mendapatkan minuman yang masih segar dengan harga berpatutan setiap masa dan hari,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melawat laman web https:/www.grab.com/my/food.

Tahun lalu, hanya beberapa bulan cawangan Costa Coffee di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid beroperasi, ia dinobatkan sebagai Overall Best in Class pada Forum Tahunan Costa Coffee di London, United Kingdom.

Cawangan Costa Coffee di Sunway Piramid ketika ini adalah paling terbesar di Malaysia. GPSB membuka enam cawangan Costa Coffee pada Ogos 2019.

Justeru, orang ramai dialu-alukan untuk merakam memori terindah menerusi gambar di cawangan Costa Coffee dan muat naiknya dalam sosial media dengan tanda palang #celebratecoffee and #costacoffeemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2020 @ 10:40 AM