TEOW (kiri) dan Chang pada sidang media, semalam.
TEOW (kiri) dan Chang pada sidang media, semalam.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd (EcoWorld Malaysia) yakin dapat merekodkan prestasi kewangan lebih baik bagi separuh kedua tahun ini.

Ini disokong dengan momentum jualan semasa dan pelbagai iniasitif yang diambil oleh kumpulan bagi setiap projek yang dilancarkan EcoWorld.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chang Khim Wah berkata, EcoWorld Malaysia juga mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak 35 peratus bagi separuh pertama tahun ini iaitu RM52.9 juta berbanding RM71.5 juta tahun sebelumnya.

Katanya, pencapaian PAT itu disebabkan pertumbuhan pendapatan kukuh yang dicapai menerusi Eco Grandeur, Eco Ardence, Eco Horizon dan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

“EcoWorld Malaysia juga menyaksikan aktiviti jualan yang kukuh sempena pelancaran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) pada 1 Mac 2019.

“Jumlah jualan yang dicapai pada tujuh bulan pertama tahun kewangan 2019 telah mencecah RM1.026 bilion iaitu peningkatan yang bernilai hampir RM800 juta dalam tempoh tiga bulan.

“Pencapaian kukuh itu turut dibantu menerusi kempen EcoWorld sendiri iaitu Help2Own dan Stay2Own,” katanya pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld International, Datuk Teow Leong Seng.

Chang berkata, biarpun berdepan dengan landskap pasaran yang kompetitif, pembangunan EcoWorld Malaysia masih kekal kukuh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 7:30 AM