KETUA Pegawai Eksekutif Lazada Group, Pierre Poignant pada Forum Future Brands LazMall (BFF) di Singapura. FOTO Emel
KETUA Pegawai Eksekutif Lazada Group, Pierre Poignant pada Forum Future Brands LazMall (BFF) di Singapura. FOTO Emel
Sri Ayu Kartika Amri


LAZADA Group terus mengorak langkah bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju

platform beli-belah e-dagang di rantau ini dengan memperkasakan jenama serta perusahaan kecil dan besar yang menyertainya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre Poignant berkata, Lazada menawarkan penyelesaian yang memfokus kepada tiga perkara utama yang dihadapi oleh pengusaha iaitu penjenamaan, pemasaran dan jualan.

Katanya, ciri penyelesaian itu diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ketujuh Lazada dalam usaha memastikan jenama dan peniaga yang menyertai Lazada dapat mempertingkat serta memperkembang perniagaan mereka melalui platform e-dagang di seluruh Asia Tenggara.

"Kami komited membantu perniagaan serta mendekatkan lagi mereka dengan pelanggan. Tiada peniaga yang kecil atau jenama yang terlalu besar untuk menjadikan mereka Super e-Perniagaan.

"Lazada memperkenalkan pakej 'super penyelesaian' yang memfokus kepada jenama dan peniaga dalam mentransformasi mereka kepada Super e-Perniagaan sekali gus membantu dalam penjenamaan dan pemasaran jualan yang mampu mengubah perniagaan mereka," katanya di Forum Future Brands LazMall (BFF) di Singapura, hari ini.

Persidangan itu juga mengumpulkan jenama dan peniaga bagi membincangkan peluang pertumbuhan dan teknologi terkini yang dapat mencipta Super e-Perniagaan bagi menghadapi masa hadapan landskap e-dagang di Asia Tenggara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 7:12 PM