PROJEK Battersea Power Station di London.
PROJEK Battersea Power Station di London.
Nurhayati Abllah

Kuala Lumpur: Perjanjian jual beli bagi pembelian hartanah komersial Fasa 2 Projek Battersea Power Station di London akan membantu kepada perancangan perniagaan lebih baik kepada pemaju hartanah SP Setia Bhd (SP Setia) dan Sime Darby Bhd (Sime Darby).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Datuk Khor Chap Jen, berkata, pihaknya menyambut baik penjualan hartanah komersial itu dan menganggap ia satu kejayaan lebih baik.

“Ia membantu kepada penyusunan rancangan perniagaan syarikat kerana kami berusaha memainkan peranan bagi pembangunan projek ikonik itu.

“SP Setia terus komited dengan prospek jangka panjang projek itu,” katanya menerusi kenyataan bersama Sime Darby.

SP Setia, Sime Darby dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah konsortium Malaysia yang berperanan memajukan semula kawasan bangunan ikonik Battersea Power Station.

Baru-baru ini, KWSP dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) memeterai perjanjian jual beli untuk membeli hartanah komersial di Fasa 2 projek Battersea Power Station pada pertimbangan asas RM8.351 bilion (£1.583 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 9:41 PM