SAMSUDIN (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana Bank Islam, semalam.
SAMSUDIN (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana Bank Islam, semalam.
KHAIRUL
KHAIRUL
Nabil Basaruddin


Kuala Lumpur: Pelantikan Khairul Kamarudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) yang baru berupaya meneruskan kecemerlangan institusi perbankan Islam itu pada masa depan.

Khairul menyertai Bank Islam pada 2005 dan memainkan peranan penting menerajui pemulihan aset semasa tahun pemulihan dan transformasi Bank Islam serta memperkenalkan pendekatan jualan yang agresif di samping menggalakkan budaya prestasi berasaskan risiko.

Pengerusi Kumpulan BIMB Holdings Berhad (BHB) Tan Sri Samsudin Osman berkata, dalam tempoh 11 tahun Bank Islam diterajui Datuk Seri Zukri Samat, beliau menyediakan asas kukuh kepada Bank Islam sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

“Saya berharap CEO baru dapat meneruskan legasi kecemerlangan Bank Islam yang sebelum ini diterajui Zukri yang memberi banyak perkembangan memberangsangkan seperti membawa bank ini keluar daripada belenggu kerugian.

“Lebih membanggakan Bank Islam berjaya muncul antara bank utama di Malaysia dalam memartabatkan perbankan Islam,” katanya pada majlis Iftar Perdana Bank Islam,di sini.

Bank Islam dalam kenyataan sebelum ini mengumumkan pelantikan Khairul sebagai CEO berkuat kuasa semalam dengan kontrak selama tiga tahun.

Beliau sebelum ini adalah Timbalan CEO Bank Islam dan Pengerusi dua anak syarikat Bank Islam, BIMB Investment Management Bhd dan Farihan Corporation Sdn Bhd dengan pengalaman lebih 21 tahun dalam dunia korporat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 10:23 AM