PITT memegang watak utama filem F1 itu. -FOTO AFP
PITT memegang watak utama filem F1 itu. -FOTO AFP
Reuters

London: Filem Formula Satu (F1) Brad Pitt yang masih belum diberi nama itu akan akan disiarkan di peringkat global pada 25 Jun tahun depan penampilan pertama di Amerika Utara dua hari kemudian, umum F1 dan Apple Original Films.

Filem yang dibuat dengan kerjasama pasukan dan pemandu, diarahkan oleh Joseph Kosinski yang mengarahkan filem 'Top Gun: Maverick' mengaut keuntungan sebanyak $1.49 bilion (RM7.02 bilion) di seluruh dunia, dengan Jerry Bruckheimer sebagai penerbit.

Juara dunia tujuh kali F1 Lewis Hamilton menjadi penerbit bersama dengan penggambaran bermula tahun lalu dan diteruskan pada hujung minggu grand prix terpilih musim ini.

Pasukan produksi mempunyai garaj dan pitwall stand sebagai pasukan fiksyen ke-11 yang dikenali sebagai 'APX GP'.

Plot cerita berkisar mengenai Pitt, yang berusia 60 tahun dalam kehidupan nyata, berperanan sebagai bekas pemandu yang kembali ke Formula Satu bersama Damson Idris, yang memegang watak rakan pasukannya yang baru, di APX.

Antara pelakon lain yang akan terbabit dalam filim berkenaan termasuk pemenang Anugerah Akademi Javier Bardem dan calon pelakon pembantu terbaik, Kerry Condon.

F1 berkata penggambaran filem itu akan selesai pada Grand Prix Abu Dhabi yang berakhir musim pada bulan Disember ini.

"Kami sudah melihat kerja dan impak hebat rancangan Netflix dan saya fikir ini akan membawa kejayaan itu ke tahap yang lebih tinggi," kata pemandu Mercedes Hamilton, yang menyertai Ferrari pada penghujung musim tahun lalu.

"We've already seen the great work and impact of the Netflix show and I think this will take it to new heights beyond that," Mercedes driver Hamilton, who is joining Ferrari at the end of the season, said last year.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2024 @ 4:36 PM