BAGNAIA berada di kedudukan terbaik untuk muncul juara GP Catalunya. FOTO AFP
BAGNAIA berada di kedudukan terbaik untuk muncul juara GP Catalunya. FOTO AFP
Reuters

Barcelona: Pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia mencipta rekod pusingan baharu untuk meraih petak utama buat Ducati di Grand Prix (GP) Catalunya di Barcelona, manakala tiga pelumba Aprilia menamatkan saingan di belakangnya.

Bagnaia, yang mendahului Jorge Martin dengan 62 mata dalam kedudukan keseluruhan, mencatat masa terpantas, satu minit 38.639 saat di Litar de Barcelona-Catalunya.

"Ini adalah petak utama yang paling penting kerana Aprilia begitu kuat," kata Bagnaia.

Aleix Espargaro dari Aprilia, yang rekodnya dipecahkan Bagnaia, mencatat masa kedua terpantas selepas mendominasi latihan pada hari Jumaat, manakala pelumba Portugal, Miguel Oliveira (RNF Aprilia) melengkapkan barisan hadapan.

"Saya cuba yang terbaik tetapi tidak tahu sama ada ia disebabkan suhu atau minyak kurang dalam tangki, saya tidak dapat apa saya mahukan," kata Espargaro.

"Apa pun, tahniah kepada (Bagnaia), inilah perlumbaan MotoGP, ia sukar, dan barisan hadapan atau dua barisan pertama sudah cukup bagus."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2023 @ 7:25 PM