LEWIS Hamilton lakar masa terpantas dalam ujian masa terakhir GP Hungary. FOTO Twitter
LEWIS Hamilton lakar masa terpantas dalam ujian masa terakhir GP Hungary. FOTO Twitter
Reuters

Budapest: Lewis Hamilton mencipta sensasi apabila melakar masa terpantas pada ujian masa terakhir dalam saingan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Hungary, sekali gus beri amaran buat pesaing lain.

Walaupun sebelum ini Hamilton mendakwa jenteranya adalah yang paling teruk, namun segalanya berubah menjelang saingan sebenar esok.

Bekas juara dunia tujuh kali itu mencatatkan masa terpantas dengan 1 minit 17.88 saat untuk meletakkan pemenang lapan kali GP Hungary itu di petak hadapan.

Pesaing terdekat dari pasukan Red Bull, Max Verstappen hanya ketinggalan 0.2 saat di belakang Hamilton untuk memulakan perlumbaan di petak kedua esok.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez di tempat ketiga disusuli Nico Hulkenberg di tangga keempat.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff akui terkejut dengan catatan Hamilton itu dan menganggap peluang terbaik untuk cuba meraih kemenangan.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok di hari perlumbaan. Pasukan bersedia untuk membantu Hamilton cuba menjuarai saingan di sini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 9:00 PM