MARQUEZ gembira bekerjasama dengan Repsol Honda.
MARQUEZ gembira bekerjasama dengan Repsol Honda.
Agensi

London: Marc Marquez menegaskan dia kekal komited sepenuhnya dengan baki kontrak MotoGP bersama Honda.

Bintang Sepanyol itu menandatangani perjanjian empat tahun bermula musim 2021-2024, hanya beberapa bulan sebelum mengalami kecederaan lengan pada 2020.

Ketika lengan Marquez semakin baik selepas empat kali pembedahan pada Jun, jentera Honda RC213V menamatkan musim lalu di tangga tercorot kategori pengeluar dan kali kedua dalam tempoh tiga tahun tanpa kemenangan.

Timbul spekulasi juara dunia lapan kali, Marquez yang tampil kali pertama sejak MotoGP 2013 bersama Repsol Honda mungkin mengaktifkan klausa pembebasan sebelum 2024.

"Saya mendengar khabar angin itu," katanya kepada MotoGP.com. "Saya ada baki dua tahun kontrak dengan Honda dan menjadi impian saya kembali memuncak bersama pasukan ini."

"Saya percaya sepenuhnya dengan mereka, kami menghormati sesama sendiri. Kami mempunyai hubungan baik sekian lama dan saya fikir ia boleh membantu kami keluar daripada situasi sukar ketika ini."

Adik Marc, Alex berpindah ke Ducati dari Honda musim ini dan mengatasi abangnya ketika sesi ujian di Sepang baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 12:37 PM