NICHOLAS Latifi. FOTO EPA
NICHOLAS Latifi. FOTO EPA
Agensi

London: Nicholas Latifi mendedahkan dia menerima ugutan bunuh sebagai tindak balas kepada peranan utamanya dalam menentukan keputusan juara dunia Formula Satu (F1).

Pemandu Williams itu dikatakan memainkan peranan utama menentukan perebutan kejuaraan dunia antara Max Verstappen dan Lewis Hamilton apabila terbabit dengan kemalangan pada hujung perlumbaan dekat Grand Prix Abu Dhabi.

Insiden kemalangan membabitkan Latifi itu menyebabkan kereta keselamatan memasuki litar sebelum keluar ketika berbaki satu pusingan sekali gus menyaksikan Verstappen berjaya memotong Hamilton untuk memenangi takhta kejuaraan dunia.

Latifi sudah menyatakan permohonan maaf berikutan insiden itu dan menjauhkan dirinya daripada media sosial apabila netizen terus menerus mengecamnya.

"Sebaik sahaja bendera dikibarkan di garisan penamat, saya tahu situasi akan kecoh di media sosial.

"Kebencian dan ancaman yang berlaku di media sosial bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya kerana ia adalah realiti dalam dunia yang kita diami sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 6:49 PM