NICHOLAS Latifi. -FOTO Reuters
NICHOLAS Latifi. -FOTO Reuters
AFP

London: Pelumba Formula Satu, Nicholas Latifi mendedahkan bahawa dia mengupah pengawal peribadi di London kerana ancaman bunuh yang diterima selepas tamatnya perlumbaan penuh kontroversi di Grand Prix Abu Dhabi.

Pelumba Kanada itu yang memandu untuk pasukan Williams berpangkalan di Britain, menerima banyak ugutan di atas talian selepas mengakibatkan kemalangan yang menjadi punca Lewis Hamilton kehilangan kejuaraan dunia.

Latifi yang pernah bercakap mengenai ugutan itu sebelum ini berkata, ia terlalu melampau sehingga memaksanya mengupah pengawal peribadi ketika melawat Britain untuk sambutan Krismas bersama teman wanitanya yang juga seorang model, Sandra Dziwiszek.

"Ia kedengaran seperti satu perkara yang mengarut bagi sesetengah orang tapi anda tidak akan tahu betapa seriusnya orang itu," kata pelumba berusia 26 tahun yang hadir ketika pelancaran kereta baru Williams untuk musim 2022.

"Apa yang diperlukan hanya seorang peminat mabuk di lapangan terbang atau anda terserempak dengan seseorang yang mengalami hari yang teruk dan mereka di bawah pengaruh sesuatu dan pemikiran mereka terganggu oleh sesuatu yang sangat melampau.

"Ia hanya memerlukan satu dalam sejuta orang seperti itu.

"Saya kembali ke London selepas perlumbaan dan saya mempunyai pengawal peribadi bersama apabila saya ke Winter Wonderland bersama teman wanita saya.

"Anda perlu mengambil serius ancaman itu kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku dan ia hanyalah hari malang yang mungkin dialami dan terdapat ancaman bunuh yang melampaui batas.

Hamilton berada di landasan terbaik untuk memecahkan rekod dengan merangkul gelaran juara dunia kelapan pada perlumbaan terakhir Disember lalu sebelum Latifi merempuh dinding ketika perlumbaan berbaki lima pusingan yang membawa kepada penggunaan kereta keselamatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Februari 2022 @ 12:42 PM