Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO EPA
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO EPA
AFP

Abu Dhabi: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berkata Mercedes adalah pasukan yang menakjubkan apabila mengetepikan ramalan untuk memberikannya peluang meraih gelaran dunia buat kali kelapan di Abu Dhabi hujung minggu ini.

Hamilton akan ke perlumbaan penutup musim selepas tiga kemenangan Grand Prix berturut-turut yang membolehkannya memungut sama mata dengan pemandu Red Bull, Max Verstappen.

"Kami berada sebagai sebuah pasukan yang bagus," kata Hamilton, 36, pada sidang akhbar pra perlumbaan hari ini.

"Jelas selepas melalui musim ini, saya yakin ramai tidak menjangka kami akan mengejar pada penghujung.

"Ia usaha berpasukan yang menakjubkan daripada semua orang di kilang dan di litar.

"Tiada siapa pernah mencipta lapan kejuaraan sebelum ini tetapi saya rasa bersyukur."

Sementara itu, pencabar kejuaraan, Verstappen berkata, dia berharap kejuaraan kali ini tidak akan ditamatkan dengan keputusan kontroversi oleh petugas perlumbaan.

Pemandu muda dari Belanda itu memenangi kejuaraan di Abu Dhabi tahun lalu namun dia meragui mengenai peluangnya untuk mengulangi kejayaan dan merampas mahkota gelaran pada Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 9:37 AM