Max Verstappen. FOTO Agensi
Max Verstappen. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Ketua Red Bull, Christian Horner mempertahankan tindakan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Max Verstappen selepas pesaingnya Lewis Hamilton melabelkannya pelumba itu 'gila'.

Juara tujuh kali Hamilton dan Verstappen terbabit dalam beberapa siri kemalangan musim ini.

Namun kemuncaknya pada Ahad lalu apabila Verstappen dikenakan dua penalti termasuk salah satu kerana didakwa merempuh jentera Hamilton.

Selepas perlanggaran itu, Hamilton menyifatkan pelumba itu seorang yang tidak waras dan memandu dalam keadaan merbahaya.

Hamilton berjaya memenangi Grand Prix Arab Saudi dalam persaingan sengit kejuaraan di 369.5 mata dengan berbaki perlumbaan dekat Abu Dhabi hujung minggu ini.

Namun Horner tidak bersetuju dengan kenyataan pelumba Britain itu mengenai pelumba muda dan dahagakan kejayaan dari Belanda itu malah berkata Red Bull mahu memenangi kejuaraan di litar.

Horner memberitahu: "Dia sememangnya tidak gila.

"Max mahu memenangi kejuaraan ini di litar. Ia sangat jelas. Dia pelumba yang bekerja keras dan bersikap adil malah saya jangkakan tiada perbezaan pada saingan minggu ini. Tiada siapa yang mahu memenangi kejuaraan ini daripada perkara yang tidak sepatutnya berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 2:27 PM