MARQUEZ alami masalah penglihatan. FOTO AFP
MARQUEZ alami masalah penglihatan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pelumba MotoGP Sepanyol, Marc Marquez akan melakukan ujian penglihatan Disember ini, selepas pasukannya, Honda akan membuat keputusan mengenai pembabitannya musim depan.

Juara dunia enam kali itu terlepas saingan akhir MotoGP musim ini di Valencia hujung minggu lalu dan sedang menjalani ujian di Jerez.

Pengarah Honda, Alberto Puig berkata, kesihatan Marquez harus dijadikan keutamaan selepas pelumba berusia 28 tahun itu mula mengalami masalah penglihatan.

"Tahap kesihatannya sekarang adalah amat penting. Keadaannya hampir sama ketika dia melalui pemeriksaan dan dia perlu masa serta berehat.

"Ketika menghampiri perayaan Krismas kita akan melihat keadaannya dan membuat keputusan," kata Puig.

Honda berkata, Marquez berada dalam keadaan kurang sihat sejak melakukan pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 3:27 PM