MARQUEZ perlu berehat panjang selepas pembedahan. FOTO/AGENSI
MARQUEZ perlu berehat panjang selepas pembedahan. FOTO/AGENSI
Reuters

BARCELONA: Marc Marquez meramalkan proses pemulihan selepas pembedahan bahu akan memakan masa agak lama sekali gus berdepan kebimbangan untuk pulih sepenuhnya sebelum sesi ujian di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada awal Februari depan.

Juara bertahan MotoGP itu berjaya menjalani pembedahan bahu kiri semalam, kurang seminggu selepas menjalani ujian di Jerez.

Pembedahan yang diketui doktor MotoGP, Dr Mir bertujuan untuk memulihkan kecederaan bahu pelumba Repsol Honda itu daripada berulang.

Bercakap sebelum pembedahan ketika sesi latihan di Jerez, Marquez menjangkakan proses pemulihannya itu akan mengambil masa yang lama dengan Repsol Honda mengesahkan proses pemulihan akan memakan masa selama enam minggu dan masih tidak pasti bilakah Marquez akan cergas 100 peratus sebelum perlu berdepan ujian di Sepang dari 1 hingga 3 Februari.

“Proses pemulihan membabitkan sepanjang musim sejuk kerana ia proses pemulihan yang memakan masa agak lama. Saya mungkin tidak akan dapat cergas sepenuhnya apabila tiba di Malaysia nanti.

“Jadi sepanjang musim sejuk ini, tumpuan utama adalah untuk memulihkan bahu saya. Kemudian pada Februari dan Mac saya perlu memperkuatkan dari aspek fizikal pula,” katanya.

Marquez berdepan kecederaan mahu menjelang pusingan akhir 2018 sekali gus menyaksikan dia perlu menjalani proses pembedahan dengan segera untuk mengelak kecederaan lebih teruk.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 9:56 AM