VERSTAPPEN (kanan) bersama teman wanitanya, Kelly Piquet di Majlis Penyampaian Hadiah FIA. FOTO AFP
VERSTAPPEN (kanan) bersama teman wanitanya, Kelly Piquet di Majlis Penyampaian Hadiah FIA. FOTO AFP
AFP

Paris: Lewis Hamilton boleh dikenakan tindakan selepas tidak muncul pada malam gala penamat musim Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) di Paris, kata Mohammed Ben Sulayem sejurus selepas dilantik sebagai ketua baharu badan induk itu.

Presiden berusia 60 tahun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dipilih menggantikan Jean Todt ketika FIA mengadakan mesyuarat agung tahunan dan majlis gala di Paris.

Persoalannya sekarang adakan Hamilton sudah melanggar peraturan FIA selepas memboikot majlis berkenaan.

"Sangat mudah untuk menyantuni orang. Ia tidak perlu dibayar dengan harga mahal. Ia juga adalah untuk memberi motivasi kepada yang lain. Bagaimanapun, jika ada pelanggaran peraturan, ia tidak boleh dimaafkan," kata Sulayem.

Hamilton dan pasukan Mercedes tidak gembira dengan cara pegawai FIA memulakan kembali perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi minggu lalu yang memberikan peluang Max Verstappen dari Red Bull muncul juara.

Hamilton, berada di Windsor dekat England Rabu lalu untuk menerima gelaran Kesatria ,manakala prinsipal Mercedes, Toto Wolff tidak hadir pada malam gala berkenaan.

"Pemandu yang menamatkan saingan di tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kejuaraan mesti hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah FIA.

"Apa pun, peraturan tetap peraturan, kita perlu melihat jika terdapat sebarang pelanggaran," kata Sulayem.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 1:56 PM