HAMILTON pada sidang media. FOTO AFP
HAMILTON pada sidang media. FOTO AFP
AFP

Le Castellet: Lewis Hamilton menegaskan dia tidak bersalah berikutan insiden tayar terkunci pada jentera Mercedes miliknya yang menyaksikan kemenangannya di Grand Prix (GP) Azerbaijan dirompak.

Juara dunia itu hampir memenangi perlumbaan di Baku awal bulan ini ketika berbaki dua pusingan namun akhirnya terbabas dari litar.

Dia menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 pada perlumbaan yang dimenangi oleh Sergio Perez dari Red Bull.

Bercakap menjelang perlumbaan GP Perancis minggu ini, Hamilton berkata jenteranya yang dilengkapi 'butang brek ajaib' secara tiba-tiba diaktifkan sekali gus menyaksikannya terbabas dari litar.

Seterunya dari Red Bull, Max Verstappen juga gagal mengutip mata selepas mengalami tayar bocor ketika mendahului perlumbaan.

"Anda tidak boleh sentiasa sempurna tetapi kesilapan sebenar ialah apabila anda terbabas akibat gagal membrek atau melanggar tembok.

"Ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan malangnya berlaku kepada kami," katanya.

Untuk memastikan insiden sama tidak berulang, Hamilton berkata butang berkenaan perlu dilindungi di sekelilingnya bagi memastikan pemandu tidak menyentuhnya secara tidak sengaja pada masa depan, namun katanya ia hanyalah penyelesaian jangka pendek.

Hamilton yang juga juara dunia tujuh kali, memenangi GP Perancis dari petak pertama pada 2018 dan 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 11:01 AM