LECLERC (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Hamilton. FOTO AFP
LECLERC (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Hamilton. FOTO AFP
AFP

Baku: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc meraih petak pertama Grand Prix Azerbaijan selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan hari ini yang terganggu berikutan insiden kemalangan sehingga bendera merah dikibarkan.

Juara dunia dari pasukan Mercedes, Lewis Hamilton akan bermula di sebelah Leclerc yang meraih petak pertama di Monaco tetapi terpaksa bersara sebelum bermulanya perlumbaan selepas jenteranya mengalami kerosakan.

Pemandu Red Bull, Max Verstappen yang mendahului Hamilton dengan empat mata dalam kejuaraan pemandu selepas memenangi GP Monaco, akan bermula di barisan kedua bersama pemandu Alpha Tauri, Pierre Gasly.

Sesi kelayakan ketiga dihentikan ketika berbaki seminit selepas rakan sepasukan Gasly, Yuki Tsunoda terbabit dengan kemalangan di selekoh ketiga dengan pemandu Ferrari, Carlos Sainz sempat mengelak sebelum keretanya menghentam penghadang keselamatan.

"Saya tidak menjangkakan kami sangat kompetitif. Sudah pasti saya gembira dengan pencapaian ini.

"Kereta saya berfungsi dengan baik tetapi saya merasakan Mercedes dan Red Bull mempunyai sedikit kelebihan berbanding kami. Jadi ia pasti sukar esok," kata Leclerc.

Selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh di Monaco, Hamilton berasa lega apabila mencatat masa kedua terpantas.

"Harap kami dapat meneruskan aksi konsisten ini pada perlumbaan esok," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 11:12 PM