Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes-AMG Petronas mencatat masa terpantas sesi latihan di GP Emilia Romagna Itali. FOTO Agensi
Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes-AMG Petronas mencatat masa terpantas sesi latihan di GP Emilia Romagna Itali. FOTO Agensi
AFP

Imola, Itali: Lewis Hamilton mencatat masa terpantas mengatasi saingan Max Verstappen pada sesi latihan pertama dan terakhir Grand Prix (GP) Emilio Romagna sebentar tadi.

Juara dunia enam kali dan pendahulu kejuaraan itu mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 14.726 saat bersama jentera Mercedes untuk menewaskan pemandu Belanda daripada Red Bull itu.

Pencabar terdekat gelaran dan juga rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas pula ketiga, hampir setengah saat ketinggalan, dia berada di depan Pierre Gasly dari Alpha Tauri dan pemandu Ferrari, Charles Leclerc.

Pemandu Renault, Daniel Ricciardo dan Esteban Ocon masing-masing di tangga keenam dan ketujuh di depan Daniil Kvyat bersama Alpha Tauri, Alex Albon dari Red Bull dan Lance Stroll dari Racing Point.

Juara empat kali Sebastian Vettel yang juga pemandu kedua Ferrari meneruskan baki saingan musim ini ketika dia menamatkan pusingan itu di tempat ke-12, enam tangga di belakang Leclerc.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2020 @ 8:41 PM