Cui Yuanpu sertai pasukan junior Mercedes. FOTO Agensi
Cui Yuanpu sertai pasukan junior Mercedes. FOTO Agensi
AFP

Shanghai: Pasukan Mercedes Lewis Hamilton menyenaraikan remaja berusia 13 tahun dari China dalam pasukan junior mereka, dengan Formula Satu (F1) belum lagi memperkenalkan pelumba daripada negara yang paling ramai penduduk itu.

Cui Yuanpu yang menyertai perlumbaan kereta go-kart sejak berusia enam tahun, menyertai beberapa bintang berpotensi F1 masa hadapan dalam program pemandu muda Mercedes.

"Dia berada dalam di ranking teratas bakat berpotensi dari China dan belum ada lagi pelumba F1 dari China jadi kami meletakkan sasaran bagi melihat perkembangan Yuanpu dan membantunya meningkat dalam ranking perlumbaan." kata penasihat pembangunan pelumba Mercedes, Gwen Lagrue.

China menganjurkan grand prix pertama di negara itu pada 2004 dekat litar Shanghai dan bercita-cita untuk menganjurkan perlumbaan jalan raya.

Tetapi belum ada lagi pelumba F1 dari China yang pastinya menyukarkan perkembang pembangunan sukan berkenaan di negara itu.

Pemandu Formula Dua, Zhou Guanyu, yang berada di ranking teratas musim ini, berada di landasan tepat untuk mengubah senario itu.

"Saya boleh katakan sememangnya saya individu paling hampir untuk melakar sejarah sebagai pemandu F1 dari China," kata pelumba berusia 22 tahun itu yang mengakui langkah terakhir menyertai perlumbaan itu adalah paling sukar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Jun 2021 @ 2:08 PM