BARISAN pelumba memberi penghormatan atas pemergian Dupasquier. FOTO AFP
BARISAN pelumba memberi penghormatan atas pemergian Dupasquier. FOTO AFP
AFP

Mugello: Pelumba Moto3 dari Switzerland, Jason Dupasquier meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas mengalami kecederaan serius pada sesi kelayakan Grand Prix Itali, umum penganjur MotoGP, hari ini.

"Kami sangat sedih untuk memberitahu kehilangan Jason Dupasquier," tulis MotoGP di Twitter.

"Bagi pihak seluruh keluarga MotoGP, kami mengucapkan takziah kepada pasukannya, keluarga dan orang tersayang. Anda akan dirindui Jason," kata kenyataan itu.

Dupasquier yang beraksi pada musim kedua di Moto3, dilanggar oleh pelumba lain sebelum terseret di atas litar ketika sesi kelayakan semalam.

Doktor kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan selepas merawatnya selama 40 minit di litar, dia kemudian dikejarkan ke hospital.

"Pelumba muda itu melalui proses pembedahan dada sepanjang malam dan mengalami kerosakan otak yang teruk," kata jurucakap hospital kepada AFP

Pasukannya, Pruestel GP sudah pun menarik diri pada perlumbaan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Mei 2021 @ 8:10 PM