AKSI pemain Pahang Rangers FC (kanan) Universiti Malaysia pada perlawanan persahabatan menjelang saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) semalam. -FOTO PRFC
AKSI pemain Pahang Rangers FC (kanan) Universiti Malaysia pada perlawanan persahabatan menjelang saingan Liga Futsal Perdana Kebangsaan (MPFL) semalam. -FOTO PRFC
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Kemenangan pada tiga perlawanan persahabatan, memberi gambaran awal skuad Pahang Rangers FC kini sudah bersedia menghadapi saingan Liga Futsal Kebangsaan Malaysia (MPFL) yang dijangka lebih mencabar musim ini.

Pengalaman luas jurulatih Gerard Casas kelahiran Sepanyol yang kini memasuki musim keempat membimbing Tok Gajah, terbukti mampu membentuk pasukan yang mantap musim ini walaupun tanpa kelibat beberapa pemain utama.

Pada perlawanan persahabatan pertama, Pahang Rangers FC menewaskan PON DPI Jakarta 7-3, beraksi digelanggang sendiri Tok Gajah menewaskan pasukan tempatan, Votafogo FC Selangor, 3-0.

Kelmarin skuad Pantai Timur itu yang begitu gah musim lalu apabila menjulang dua kejuaraan berjaya menjinakkan Universiti Malaysia 2-1.

Menurut Casas, dia berpuas hati dengan kejayaan dicatat pada tiga perlawanan persahabatan yang membuktikan skuad Pahang Rangers FC masih lagi memiliki kekuatan untuk bersaing musim ini.

Katanya, sesi latihan yang bermula bulan lalu telah berjaya membentuk persefahaman yang semakin baik dan memuaskan dikalangan pemain baharu dan senior.

"Empat pemain baharu kini mula menunjukkan kualiti permainan yang diharapkan, diharapkan ia akan menjadi senjata untuk kita menjinakkan lawan setiap kali saingan MPFL musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 12:40 PM