MERLIER meraikan kejayaan selepas melintasi garisan penamat. FOTO AFP
MERLIER meraikan kejayaan selepas melintasi garisan penamat. FOTO AFP
AFP

Novara: Tim Merlier berjaya memberikan pecutan bertenaga untuk memenangi peringkat kedua Giro d'Italia sebentar tadi.

Merlier yang mewakili Alpecin, berjaya menamatkan perlumbaan mengatasi juara Eropah dari Itali, Giacomo Nizzolo.

Seorang lagi pelumba tuan rumah, Filippo Ganna dari Ineos kekal mengungguli jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan selepas berakhir perlumbaan sejauh 179 kilometer dari Stupinigi ke Novara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 11:57 PM