VINGEGAARD ketika menyertai Jelajah Sepanyol pada 12 September 2023. FOTO AFP
VINGEGAARD ketika menyertai Jelajah Sepanyol pada 12 September 2023. FOTO AFP
Reuters

Madrid: Pelumba Denmark Jonas Vingegaard mengalami patah tulang selangka dan beberapa tulang rusuk selepas terbabit dalam kemalangan besar ketika peringkat keempat Tour of the Basque Country semalam.

Kemalangan yang turut melibatkan pendahulu Primoz Roglic dan Remco Evenepoel berlaku pada kelajuan tinggi ketika berbaki perlumbaan 35.9 kilometer selepas seorang pelumba terbabas yang turut membabitkan puluhan yang lain.

Vingegaard masih di atas jalan menerima rawatan perubatan beberapa minit kemudian.

"Peringkat itu sudah pun dineutralisasikan. Jonas dibawa ke hospital," kata jurucakap pasukan Vingegaard Team Visma-Lease di platform X.

Vingegaard, 27, dibawa menaiki pengusung dengan memakai pendakap leher.

"Pemeriksaan di hospital mendedahkan patah sulang selangka dan beberapa tulang rusuk. Dia kekal di hospital sebagai langkah berjaga-jaga," menurutnya lagi.

Pasukan Evenepoel Soudal-Quick Step berkata pelumba Belgium itu menarik diri daripada perlumbaan dan dibawa ke hospital dengan kereta pasukan manakala Roglic turut terpaksa melupakan saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 10:12 AM