Suasana kejohanan Masters yang berlangsung di Kelab Golf Nasional Augusta, Georgia, Amerika Syarikat. - Reuters
Suasana kejohanan Masters yang berlangsung di Kelab Golf Nasional Augusta, Georgia, Amerika Syarikat. - Reuters
Reuters

Augusta: Peruntukan wang tunai Arab Saudi dan siri antarabangsa yang mantap meningkatkan profil Jelajah Asia namun situasi itu belum cukup untuk menarik nama besar LIV Golf bagi mencari mata ranking dunia.

LIV Golf yang menyokong Public Investment Fund (PIF) berkata, ia akan mengepam dana USD400 juta (RM 1.8 billion) untuk Jelajah Asia, ia dianggap akan memberi pilihan kepada pemain yang disenarai hitam daripada PGA dan DP Tours untuk mengutip mata ranking dunia, wang tunai selain platform kemasukan ke dalam empat kejohanan utama.

Beberapa ahli LIV yang kurang dikenali memanfaatkan peluang itu tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Jelajah Asia Cho Minn Thant memberitahu Reuters bahawa pertembungan nama besar itu dilihat sukar untuk direalisasikan.

"Diakui anda tidak melihat Dustin Johnsons dunia, bukan Phil Mickelsons, bukan Bryson Dechambeaus kerana mereka sudah layak ke acara utama," kata Cho Minn pada hari Rabu di luar rumah kelab Augusta National.

"Bermain 14 acara dalam liga LIV dan empat kejohanan utama tidak memberi lebih banyak ruang untuk mereka menjelajah dan bermain golf.

"Pemain LIV peringkat pertengahan banyak bermain dalam Jelajah Asia dan ia benar-benar meningkatkan kekuatan padang daripada pihak kami dan minat dari segi media."

Pemain seperti Johnson, Mickelson dan Bubba Watson, yang mempunyai Jaket Hijau di dalam almari mereka dan mempunyai pengecualian seumur hidup untuk Masters, tidak berasa tergesa-gesa untuk mengejar mata ranking.

LIV Golf memohon pengiktirafan sebagai kejohanan Rasmi Golf Dunia, yang memainkan peranan penting dalam menentukan kemasukan ke empat kejohanan golf, pada Julai 2022 namun ditolak selain permohonan turut ditarik balik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2024 @ 12:19 PM